7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas beteri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda. Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda. Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
SELAMAT MENCUBA..
SELAMAT BERAMAL...

PERKATAAN SYUKUR YANG SEMAKIN DILUPAI

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim

Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang

Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang

Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang

Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal

Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah

Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa

Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan

Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum

Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian

Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja

Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah

Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman

Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)

Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat

Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak

Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar

Ya Allah..Alhamdulillah

Ya Allah..Alhamdulillah

UMURKU 23...

nie dengan ehem...ehem



kek my birthday with my family



25 Januari yang lalu genaplah usiaku yg ke-23.Walaupun rasa dh lama aku sambut harijadi aku nie, tapi aku nak kongsi juga la pengalaman aku di'surprise'kan semasa hari jadi aku baru-baru ini. Aku telah di'surprise'kan dua pihak. Mula-mula dengan family aku then dengan ehem...ehem...hehehe. Jadi dengan pengalaman di'surprise'kan itu,aku telah merancang untuk lakukannya pada hari jadi PAPARIL. Sebagai pengarah program...hehehe...Apa yang papa rasa hari 2 sama la masa aku rasa ketika menyambut hari jadi aku ke-23. Jadi aku telah mengaplikasikan pengalaman aku itu dengan mengenakan PAPARIL..sehingga dia cukup terharu dan nangis dengan apa yang aku n member2 lakukan..hahaha..tapi memang kita cukup terharu sekiranya seseorang yang menyayangi kita melakukan surprise pada hari jadi kita..Thanks 4 my family n ehem..ehem kerana menyambut my birthday..i love u all n pada ehem...ehem, semoga perhubungan kita akan berkekalan dan dirahmati Allah...

AKU YANG MASIH MENCARI....

Aku dalam proses mencari IDENTITI diri,

Yg terserlah di MATA anda,

Belum tentu yang HAQ,

Yang terfikir di MINDA anda,

Belum tentu yang BENAR,

Yang terlintas di HATI,

Anda belum tentu yang PASTI..

Yang terlepas dalam BICARA kata,

Belum tentu yang JELAS..

Yang termaktub dalam tulisan,

Belum tentu yang HAKIKI,

Yang KENAL belum tentu MENGENALI..

Hakikatnya Dialah,Pencipta Agung,-ALLAH-

Yang Maha Mengetahui hakikat segalanya tentang empunya diri,

Nilailah aku sebagai manusia yang tersangat jahil & biasa,

Kerana itu memang AKU!

Aku yg msih mencari…..

kenangan tetap kenangan...



Buat pertama kalinya dalam sejarah, ahli rumah Tmn Bernam 41 mengadakan lawatan sambil menziarahi keluarga angkat di Banting, Selangor. Di samping itu, kami juga mengadakan tugasan mengkaji masyarakat Jawa dari aspek budaya, bahasa, adat resam dan lain-lain lagi. Rombongan seramai 11 orang turut menginap di sebuah rumah homestay dengan kadar yang amat berpatutan iaitu RM 100. Keadaan rumah yang selesa turut memudahkan kami menjalankan tugasan bagi keperluan kursus Silang Budaya. kami turut tidak ketinggalan melawat rumah lama jaguh badminton iaitu anak-anak Sidek yang mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.masih terdapat gelanggang badminton yang dibina oleh haji sidek bagi melatih anak-anaknya belajar badminton. Aku sungguh kagum melihat keadaan rumah dan persekitaran yang terjaga dengan rapi. mengikut maklumat anak perempuan haji Sidek sahaja yang masih tinggal di rumah lama tersebut.

Pada hari kedua kami mengambil kesempatan untuk melawat pusat pentadbiran negara iaitu Putrajaya. kami mengambil kesempatan mengambil gambar berlatarkan bangunan-bangunan dan persekitaran yang menarik. Sesungguhnya pengalaman bercuti bersama-sama ini amat menyeronokkan bagi kami. Kami dapat mengeratkan hubungan kami sesama rakan dan merapatkan lagi ukhwah yang sedia terjadi. KENANGAN TETAP KENANGAN.....




CARA MENCUCI HATI

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4.. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,
merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat

5 TIPS MEMIKAT PEREMPUAN

Yeah, mcm mana ya? Zaman sekarang ni kan girls demand sikit, hanya mahu lelaki ‘poket penuh’ dan good looking. Mengada betul diorang neh! hehe..
Faktor girls sukakan lelaki tetap sama walaupun mereka tergolong dalam golongan demand ni. So, ada 5 cara untuk memenangi hati seorang gadis.

1) Ingat Tarikh Penting- Ini penting sebab menunjukkan yang kita ambil tahu tentang si dia. Contoh, tarikh lahir si dia. Jangan lupa sebab pantang nenek moyang si dia andainya pasangan cucu cicitnya lupa tarikh-tarikh penting. Lagi satu contoh, tarikh mula couple.

2) Bantu Ringankan Beban- Jangan berat tulang kalau mahu teruskan hubungan dengan si dia. Kalau pergi shopping tu, tolonglah bawa barang-barang yang di’beli si dia. Si dia suka sekiranya anda membantu, jadilah pasangan yang ideal buatnya.

3) Memberi Pujian- Ini yang paling indah bagi golongan girls. Cubalah memberi sedikit pujian kepada si dia, ada baik sekiranya anda ikhlas dalam memuji(ramai yang tidak ikhlas dalam memuji). Hindarkan perasaan malu/segan dalam memuji si dia, tidak romantiklah beb kalau malu/segan.

4) Jadi Pendengar Yang Baik- Walaupun si dia bercakap tentang hal-hal yang membosankan pada anda, layannnn je! Tidak perlu bagi reaksi sebab nanti kantoi yang anda tidak suka topic yang di’bincangkan. Ayuh mendengar!

5) Penuhi Hajat- Ini yang paling sukar, sebab tu kedudukannya di’akhir sekali. Kalau anda mampu penuhi hajat si dia, anda adalah orang yang paling bahagia dan akan mempunyai detik-detik hidup yang semuanya indah belaka. Kalau si dia kata bestlah lagu dalam album baru penyanyi baru tu, itu maknanya si dia bagi signal suruh beli album tersebut. So, tunaikan hajat si dia.

Bg lelaki yang ingin memikat perempuan, cuba-cubalah try teknik yea .....SELAMAT MENCUBA !!!

KeHiLaNganKu SeBuah PeRmaTa...

kerinduan seorang anak

Hmmm... tiba-tiba malam ni aku rasa ingin berkongsi dengan semua. Selalu aku terkenangkannya. Saat-saat manis aku bersama dengannya membuatkan aku akan menjadi sayu sangat. Mungkin ada yang rasa hairan kenapa aku tidak pernah menunjukkan rasa sedihku ini.Tetapi bila keseorangan aku tetap akan selalu mengingatinya...

Sebenarnya aku bukanlah seorang yang tidak serius. Ramai yang melihat aku seperti itu,tetapi hanya teman-teman rapat aku sahaja yang tahu bagaimana sikap aku sebenarnya. Aku sebenarnya mempunyai karakter yang berlainan. di mata temanku, ramai yang melihat aku seorang 'happy go lucky', kelakar, suka mengusik orang dan tidak serius.Namun hanya tuhan sahaja yang tahu. Aku benar-benar merindui arwah bapaku yang sudah hampir 6 tahun meninggalkanku.


Dialah yang mengajarku menjadi seorang yang berguna.

Dialah yang mengajar al-Quran kepadaku.

Dialah yang membawaku mengenali masjid sejak dari kecil lagi.

Dialah yang mempunyai kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anaknya.

Dialah yang selalu membelaku sekiranya aku dimarah oleh abang serta kakak ketika aku kecil.

Dialah yang selalu memberi kata-kata peransang kepadaku supaya belajar bersungguh-sungguh.

Dialah yang mengharapkan aku berjaya melanjutkan ke universiti.

Dialah yang meletakkan harapan kepadaku untuk menyambung perjuangan menjadi seorang guru.


*Akhirnya doa dan impiannya tercapai. namun dia tidak sempat meraikan kejayaan aku kerana Allah lebih menyayanginya. Oh Abah, aku amat-amat merinduimu....hanya doa yang dapat ku kirimkan kepadamu.