kerinduan seorang anak

Hmmm... tiba-tiba malam ni aku rasa ingin berkongsi dengan semua. Selalu aku terkenangkannya. Saat-saat manis aku bersama dengannya membuatkan aku akan menjadi sayu sangat. Mungkin ada yang rasa hairan kenapa aku tidak pernah menunjukkan rasa sedihku ini.Tetapi bila keseorangan aku tetap akan selalu mengingatinya...

Sebenarnya aku bukanlah seorang yang tidak serius. Ramai yang melihat aku seperti itu,tetapi hanya teman-teman rapat aku sahaja yang tahu bagaimana sikap aku sebenarnya. Aku sebenarnya mempunyai karakter yang berlainan. di mata temanku, ramai yang melihat aku seorang 'happy go lucky', kelakar, suka mengusik orang dan tidak serius.Namun hanya tuhan sahaja yang tahu. Aku benar-benar merindui arwah bapaku yang sudah hampir 6 tahun meninggalkanku.


Dialah yang mengajarku menjadi seorang yang berguna.

Dialah yang mengajar al-Quran kepadaku.

Dialah yang membawaku mengenali masjid sejak dari kecil lagi.

Dialah yang mempunyai kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anaknya.

Dialah yang selalu membelaku sekiranya aku dimarah oleh abang serta kakak ketika aku kecil.

Dialah yang selalu memberi kata-kata peransang kepadaku supaya belajar bersungguh-sungguh.

Dialah yang mengharapkan aku berjaya melanjutkan ke universiti.

Dialah yang meletakkan harapan kepadaku untuk menyambung perjuangan menjadi seorang guru.


*Akhirnya doa dan impiannya tercapai. namun dia tidak sempat meraikan kejayaan aku kerana Allah lebih menyayanginya. Oh Abah, aku amat-amat merinduimu....hanya doa yang dapat ku kirimkan kepadamu.