Buat pertama kalinya dalam sejarah, ahli rumah Tmn Bernam 41 mengadakan lawatan sambil menziarahi keluarga angkat di Banting, Selangor. Di samping itu, kami juga mengadakan tugasan mengkaji masyarakat Jawa dari aspek budaya, bahasa, adat resam dan lain-lain lagi. Rombongan seramai 11 orang turut menginap di sebuah rumah homestay dengan kadar yang amat berpatutan iaitu RM 100. Keadaan rumah yang selesa turut memudahkan kami menjalankan tugasan bagi keperluan kursus Silang Budaya. kami turut tidak ketinggalan melawat rumah lama jaguh badminton iaitu anak-anak Sidek yang mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.masih terdapat gelanggang badminton yang dibina oleh haji sidek bagi melatih anak-anaknya belajar badminton. Aku sungguh kagum melihat keadaan rumah dan persekitaran yang terjaga dengan rapi. mengikut maklumat anak perempuan haji Sidek sahaja yang masih tinggal di rumah lama tersebut.

Pada hari kedua kami mengambil kesempatan untuk melawat pusat pentadbiran negara iaitu Putrajaya. kami mengambil kesempatan mengambil gambar berlatarkan bangunan-bangunan dan persekitaran yang menarik. Sesungguhnya pengalaman bercuti bersama-sama ini amat menyeronokkan bagi kami. Kami dapat mengeratkan hubungan kami sesama rakan dan merapatkan lagi ukhwah yang sedia terjadi. KENANGAN TETAP KENANGAN.....